Saturday, April 6, 2013

Decorate A Tree Stump & (Contoh laporan projek di TASKA)





 



I was going through my archive; Found plenty of assignments from my previous course. Instead of keeping I decided to share it in my blog. The report is written in Bahasa Malaysia; The report is for the project which was assigned to me during *practicum in a preschool in Kuala Lumpur. I had to transform an ordinary tree stump to something suitable for children's activity. It was mathematical concept (early mathematics). I hope this post will at least give the future trainee especially in Early Child Education an idea how to write their report. Will share more on the lesson & activity plan soon.

*Practicum - a course of study designed especially for the preparation of teachers and clinicians that involves the supervised practical application of previously studied theory
~ also refer practicum

Psstttt: Dear blog reader, you can also decorate any tree stump around your house area. The transformation will give an impact to your garden. For this project I use spray colour, instead or wet paint. The reason? In tropical climate we experience monsoon season which mean more rainy days. My practicum was done towards end of year and it was raining almost every day. By using spray colour it dry fast, less hassle and lesser mess. You may refer pictures shown.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekadar ingin berkongsi; Ini adalah laporan yang dibuat semasa mengadakan latihan praktikum di  salah sebuah TASKA di Kuala Lumpur. Hasil laporan ini boleh dijadikan sebagai contoh atau  rujukan terutama kepada bakal pelatih praktikum dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Tidak dinafikan agak sedikit contoh-contoh yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Saya sendiri mengalami situasi dimana agak sukar mendapatkan maklumat dan rujukan terutama dari laman sesawang. Kebanyakan ditulis dalam bahasa Indonesia. Saya harap agar lebih banyak contoh-contoh yang boleh dikongsi oleh orang lain terutama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.

** NOTA: Nama orang yang terlibat tidak diletakkan. Sedikit ubahsuai telah dilakukan.
** PERINGATAN: Ini hanya CONTOH. Anda disarankan mengikut format yang ditetapkan 
                                 pihak institut pengajian anda; Dapatkan nasihat daripada pensyarah 
                                 pembimbing @ fasilitator anda.

***********************************************************************

Laporan Projek Menghias Tunggul Pokok

Nama Pelatih              :           ..........................................
Tarikh  dan Hari          :           .........................................
Tempat                       :           TASKA ....
Tempoh Projek           :           2 hari (termasuk membersihkan kawasan sekitar pokok)

Latihan praktikum di TASKA ini memberi sedikit kelainan kepada para pelatih. Setiap pelatih digalakkan merancang dan melaksanakan projek masing-masing. Pengusaha TASKA, banyak membantu dan menggalakkan para pelatih menjayakan projek pilihan masing-masing. Tujuan projek bagi mendedahkan pelatih praktikum agar lebih terbuka, berani dan kreatif dalam pelaksanaan aktiviti bersesuaian berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak selain terikat dengan rutin pengurusan dan penjagaan kanak-kanak.

Kumpulan penulis terdiri daripada empat orang; Seorang rakan memilih mewujudkan taman dengan konsep ‘Mathematical Garden’. Yang seorang pula memilih menghias dan menambah baik ‘Sandplay’ yang terbiar di kawasan TASKA. Rakan yang satu lagi mengambil inisiatif menghias balkoni di ‘Infant Suite’ dengan menggantungkan patung ‘Hello Kitty’.

Penulis memilih mengecat tunggul Pokok Melaka yang telah ditebang. Pada mulanya penulis bercadang melukis mural di dinding TASKA. Namun, pengusaha lebih gemar dengan keadaan yang sedia ada dan tidak bercadang mengubah suasananya.

Setelah berfikir agak lama dan masa pula semakin singkat, penulis mengambil keputusan mengecat tunggul pokok yang telah ditebang yang terletak bersebelahan stor TASKA. Penulis menyatakan cadangan dan meminta kebenaran daripada tuan punya TASKA. Penulis mendapat tahu pokok tersebut merupakan pokok kesayangan beliau. Beliau juga bertanya samada pokok itu masih boleh tumbuh sekiranya dicat kerana pada masa yang sama pangkal pokok telah mula bercambah. Penulis menyatakan akan mengecat separuh pangkal pokok dan bukan keseluruhan. 

Dengan itu, Dr. pun bersetuju. Penulis mula mencari idea menghias tunggul pokok. Cadangan dan idea kemudian dikemukakan kepada beliau. Pengusaha TASKA mahukan konsep asas matematik.

Sebelum memulakan projek, antara perkara yang perlu dikenal pasti adalah:
1)      faktor keselamatan (cat yang digunakan tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak ataupun alahan),
2)      pelaksanaan idea bersesuaian dengan konsep Awal Matematik,
3)      bagaimana ia dapat dijadikan sebagai bahan aktiviti dan pembelajaran kanak-kanak di TASKA,
4)   bagaimana ia dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak,
5)      pemilihan warna (warna dipilih oleh pengusaha TASKA),
6)   pemilihan kawasan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Bahan-bahan yang digunakan:
1)      cat semburan (merah, kuning, biru dan hijau)
2)      pita pelekat

Cat semburan digunakan kerana cepat kering dan kerja-kerja mengecat boleh disiapkan dalam masa sehari. Ia mudah diguna dan praktikal. Penggunaan cat tin (cat rumah) kurang praktikal kerana mengambil masa untuk kering dan keadaan cuaca yang sering hujan akan melambatkan proses mengecat. Pita pelekat digunakan bagi mengelak cat bercampur.

Proses pertama adalah membersihkan kawasan tunggul pokok. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada dua orang rakan yang banyak membantu membersihkan kawasan tersebut.

Sebelum mengecat, pita pelekat dilekatkan disekeliling pokok bagi mengelakkan cat bercampur. Penulis memilih menyembur cat secara berselang-seli. Ini lebih menarik. Penulis memastikan ruang setiap warna mencukupi untuk memuatkan bentuk-bentuk geometri di dalam setiap lingkaran warna. Penulis memilih bentuk asas; Bulat, empatsegi dan tigasegi.

Setelah lingkaran warna kering, penulis meletakkan pita pelekat berbentuk geometri. Kemudiannya disembur dengan warna yang berbeza supaya bentuk geometri dapat dilihat dengan jelas. Setiap lingkaran diisi dengan corak geometri yang berlainan warna.

Mengecat tunggul pokok dapat menarik minat kanak-kanak mendekati dan meneroka dengan lebih dekat  struktur pokok. Selain itu, membantu meningkatkan daya sensori motor halus dengan menyentuh dan merasa sendiri struktur permukaannya. Ini juga dapat menambah pengetahuan, pengalaman dan meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak dengan penemuan-penemuan baru.

Kanak-kanak akan belajar bentuk-bentuk asas geometri yang terdapat di sekelilingnya. Contohnya kanak-kanak menamakan setiap bentuk geometri yang dilihat, mengira jumlah bentuk geometri dan menamakan warna-warna yang terdapat di sekeliling pokok. Selain itu, kanak-kanak boleh didedahkan tentang kepentingan alam sekitar, sesi bercerita boleh diadakan sambil mengaitkan apa yang kanak-kanak lihat. Kanak-kanak lebih mudah menguasai pembelajaran jika didedahkan dengan bahan-bahan maujud.

Penulis juga telah meminta kebenaran daripada pengusaha TASKA melabelkan setiap pokok yang terdapat di kawasan TASKA. Cadangan diterima baik oleh beliau. Beliau mencadangkan menggunakan nama saintifik setiap pokok tersebut. Penulis mencari data-data yang diperlukan dan mencetak label-label berkenaan. Walaupun kanak-kanak belum boleh membaca dan memahami isi kandungan label tersebut, namun kanak-kanak boleh didedahkan dengan nama pokok buah-buahan melalui gambar yang mereka lihat. Secara tidak langsung proses penglibatan ibu bapa berlaku di TASKA. Mengapa penulis menyatakan demikian? Kerana bukan semua tahu nama saintifik pokok yang berada di kawasan berkenaan. Penulis sendiri juga belajar melalui bacaan, meneroka dan menyelidik.

Pewujudan pokok berwarna-warni dapat memberi pendedahan awal dalam semua aspek perkembangan awal kanak-kanak dari aspek kognitif, perkembangan bahasa dan sosial.  Seperti yang dinyatakan Frobel kanak-kanak belajar melalui bermain di mana mereka gemar meneroka dan daya ingin tahu yang tinggi.

Sepanjang pelaksanaan projek, tidak dinafikan terdapat pro dan kontra terutama dari segi peruntukan masa yang mana pada sebelah pagi pelatih akan mengurus dan melaksanakan aktiviti dengan kanak-kanak. Pelaksanaan projek hanya dilakukan waktu tengahari selepas kanak-kanak tidur. Pada masa sama  perbincangan (review) dengan pengusaha akan diadakan selama ½ hingga 1 jam setiap hari berkenaan aktiviti yang dan bakal dijalankan. Jika projek dilakukan pada sebelah pagi adalah kurang wajar kerana perlu memastikan diri sentiasa bersih semasa menguruskan kanak-kanak. Oleh itu, pengagihan masa perlu dilakukan secara bijak agar rancangan berjalan lancar.

Penulis berjaya menyiapkan projek tersebut dalam masa ditetapkan. Rakan-rakan seperjuangan praktikum banyak membantu dari segi tenaga dan sokongan moral. Pengalaman ini membuka minda dan banyak memberi pengetahuan. Dari hanya sebatang pokok, banyak aktiviti-aktiviti menarik dan bersesuaian boleh dijalankan bagi membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik.


*************************************************
Sekian! Kita kongsi ilmu dan idea bersama-sama! Tak rugi pun!
**************************************************

   





1 comment:

  1. Hi MG, Mesti seronok kerjaya bersama kanak2...
    Semoga artikel ini dapat memberi panduan kpd yang memerlukan. Tidak rugi jika kita berkongsi ilmu. Semoga berjaya!

    ReplyDelete

Thank you for visiting margegoh.blogspot.com
I appreciate your comments.
....xoxo

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...