Wednesday, May 15, 2013

Selamat Pagi! Mari Sarapan Pagi! Sarapan yang Cepat, Ringkas & Mudah


Sarapan pagi sangat penting kerana memberi tenaga & stamina kepada badan kita. Kadang kala teragak-agak juga berfikir nak makan apa. Ada orang yang tak kisah sangat; Yang penting dapat alas perut. Tapi ada kala teruja juga nak makan benda lain; Itu memang tidak dinafikan. Tiap hari makan makanan yang sama tentu bosan juga. Ada masa tak selera dengan makanan yang dibeli dari kedai. Ada masa perasaan 'Malas' nak buat sarapan pagi sendiri. Bagi yang ada keluarga terpaksalah menyediakan makanan; nanti lapar pula orang di rumah. Menyediakan makanan terutama pada waktu pagi agak susah bagi yang bekerja kerana terkejar-kejar dengan masa. 
Gambar-gambar sarapan pagi ini sangat ringkas dan mudah disediakan. Saya sebenarnya jarang bersarapan, paling penting & utama 'coffee', yang lain saya tak kisah sangat. Tapi sekali-sekala datang mood rajin buat jugalah.
Gambar di atas adalah mee segera (Mee Cintan Pedas) dan ditambah dengan Tuna Cili dalam tin.
Gambar di bawah pula lagi ringkas, biskut kosong yang rangup, kepingan keju & letak sedikit tuna di atasnya. Sungguh mudah bukan?
Selamat bersarapan!
Mulakan hari anda dengan senyuman penuh kesyukuran!

2 comments:

  1. senyum panjang sambil baca n3 ini.... sedap tu mmg gemar mee cintan juga KA ni

    ReplyDelete

Thank you for visiting margegoh.blogspot.com
I appreciate your comments.
....xoxo

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...